Wednesday, June 26, 2019

KELONG KZM


    Memang teruja dan santai bila mengunjungi Kelong KZM untuk memenuhi masa yang terluang bersama keluarga bila bercuti.

    Sebagai maklumat, Kelong KZM merupakan kelong persendirian yang terletak di Sungai Merbok dan ianya merupakan sebuah rumah yang di bina terapung di atas air. Di kelilingi hutan paya bakau dan air sungai pula masin...memang terdapat banyak spesis ikan seperti di laut iaitu siakap, cencaru, pari, gelama, duri, kerapu dan lain2. Memang puas memancing di sini dan jika murah rezeki, memang banyak hasil yang diperolehi.

    Kelong KZM ini terletak lebih kurang 10 km daripada Homestay ZEFMA di mana tetamu yang ingin ke sana...perlu menaiki bot dari jeti yang mengambil masa 5 minit. Kelong ini boleh dilengkapi dengan kemudahan asas seperti dapur, bilik dan tandas.

 #Homestayzefma
#Kelongkzm
















No comments:

Post a Comment