Friday, November 26, 2010

PREBET LAPOK

KURSUS TMK/10/TEK 2/10






























Setelah menghadiri kelas selama 3 minggu di Fakulti Pendidikan, para pelatih kursus TMK/Tek 2 telah menghadapi peperiksaan bermula 26&27 Nov 2010 yang lalu. Peperiksaan yang perlu dihadapi oleh pelatih tersebut melibatkan mata pelajaran Sains Kejuruteraan, Matematik dan English.
Walaupun di kalangan pelatih ini yang tidak mempunyai asas yang kukuh dalam ketiga-tiga mata pelajaran tersebut, tetapi atas kesungguhan dan komitmen mereka sepanjang kursus tersebut telah memberikan kejayaan dan seterusnya dapat meneruskan perkhidmatan yang lebih cemerlang dalam TLDM.
Semoga dengan pendedahan ketiga-tiga mata pelajaran tersebut akan berguna kepada semua pelatih dalam melaksanakan semua tugas yang dipertanggungjawabkan di unit masing-masing.

Sunday, November 21, 2010

HARI GRADUASI TAHUN 6 DAN PRASEKOLAH SKP TLDM 2010




















Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM Lumut telah mengadakan Hari Graduasi untuk murid-murid Tahun 6 dan kanak-kanak prasekolah pada 03 November 2010 yang lalu bertempat di Dewan SKP TLDM.
Hari graduasi ini diadakan untuk meraikan murid-murid tahun 6 yang akan melangkahkan kaki ke tingkatan satu nanti mengikut sekolah pilihan masing-masing berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan UPSR. Bagi prasekolah pula merupakan hari terakhir mereka menghadapi peralihan persekolahan sebelum melangkah ke tahun 1 yang merupakan alam persekolahan yang kian mencabar, tidak seperti di prasekolah.
Tahniah dirakamkan kepada guru-guru yang bertungkus lumus mendidik anak-anak bangsa tanpa mengenal erti jemu.
Tahniah juga kepada murid-murid tahun 6 yang telah berjaya melepasi tahap permulaan iaitu 6 tahun di peringkat rendah bagi peperiksaan UPSR dan bagi kanak-kanak prasekolah diucapkan selamat memasuki tahun 1.

Friday, November 19, 2010

HARIRAYA AIDILADHA 2010
















Sambutan Hariraya Aidiladha atau Hariraya Haji yang disambut pada 10 Zulhijjah setiap tahun adalah merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah SWT.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan hanya dalam empat hari iaitu bermula waktuselepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke 13 Zulhijjah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Bertempat di Masjid Annur, Pangkalan TLDM Lumut telah berlangsung upacara korban pada 10 Zulhijjah di mana sebanyak 23 ekor lembu telah di sembelih dan dagingnya telah diagih-agihkan kepada warga pangkalan TLDM.