Wednesday, February 9, 2011

HARI KELUARGA 'KZM' 2011










































Hari Keluarga KZM telah dilaksanakan pada 04 Feb 2011 yang lalu yang melibatkan ahli keluarga Mat & Mah di Kampung Bukit Tok Haji, Pendang, Kedah. Walaupun terdapat 4 orang ahli keluarga KZM yang tidak dapat bersama-sama meraikannya tetapi setiap aktiviti yang diadakan telah berjalan dengan lancar dan meriah. Di kesempatan itu juga, telah diadakan sambutan menyambut hari ulangtahun kelahiran emak tersayang bersama-sama dengan anak dan cucu.
Permulaan aktiviti pada awal pagi tersebut ialah bergotong-royong menyediakan dan memasak makanan serta membersihkan kawasan acara sukaneka. Penyediaan makanan telah dikendalikan oleh Nazri dan Ismad selaku chef dan dibantu oleh ahli keluarga yang lain. Aktiviti gotong-royong ini diteruskan oleh ahli keluarga perempuan untuk memberi kesempatan kepada orang lelaki menunaikan solat jumaat.

Selepas solat jumaat, semua ahli keluarga menikmati makan tengahari bersama-sama dengan berlaukkan gulai daging dicampur batang pisang, ikan dan ayam goreng, sayur campur dan ulam-ulaman. Kemeriahan berkongsi cerita serta kelazatan menikmati makan tengahari terserlah di wajah masing-masing kerana bukannya senang semua ahli keluarga berkumpul jika tiada aktiviti seperti ini.

Di sebelah petang pula telah diadakan acara sukaneka yang melibatkan semua ahli keluarga seperti acara berpasangan, dewasa/remaja, kanak-kanak serta acara lelaki dan perempuan. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh ketua keluarga di penghujung sukaneka.

Aktiviti diteruskan dengan menunaikan solat maghrib, bacaan yaasin dan solat berjemaah yang diketuai oleh Pengerusi KZM. Bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan adanya aktiviti hari keluarga sebegini telah memberi peluang kepada ahli keluarga KZM bersama-sama berkumpul dan menunaikan solat bersama-sama.

Aktiviti terakhir Hari Keluarga KZM ialah bersama ber'BBQ' dan seterusnya cabutan bertuah, penyampaian cenderahati daripada Tabung KZM serta sumbangan kewangan kepada ahli-ahli yang mendapat anak tahun 2010 dan Mahfuz yang berjaya mendapat 9A dalam peperiksaan PMR . Tahniah kepada semua.

Terima kasih kepada semua ahli keluarga KZM yang telah memberikan sumbangan berbentuk kewangan, material, tenaga dan idea dalam menjayakan hari keluarga KZM yang pertama. Semoga berkesinambungan di masa-masa akan datang.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment