Wednesday, June 26, 2019

KELONG KZM


    Memang teruja dan santai bila mengunjungi Kelong KZM untuk memenuhi masa yang terluang bersama keluarga bila bercuti.

    Sebagai maklumat, Kelong KZM merupakan kelong persendirian yang terletak di Sungai Merbok dan ianya merupakan sebuah rumah yang di bina terapung di atas air. Di kelilingi hutan paya bakau dan air sungai pula masin...memang terdapat banyak spesis ikan seperti di laut iaitu siakap, cencaru, pari, gelama, duri, kerapu dan lain2. Memang puas memancing di sini dan jika murah rezeki, memang banyak hasil yang diperolehi.

    Kelong KZM ini terletak lebih kurang 10 km daripada Homestay ZEFMA di mana tetamu yang ingin ke sana...perlu menaiki bot dari jeti yang mengambil masa 5 minit. Kelong ini boleh dilengkapi dengan kemudahan asas seperti dapur, bilik dan tandas.

 #Homestayzefma
#Kelongkzm
















Saturday, June 22, 2019


 ❤Homestay ZEFMA❤

    Pemandangan dari udara kawasan persekitaran Bedong dan Semeling di mana terletaknya ❤Homestay ZEFMA❤ .

    Kelihatan jalanraya utama yang menghubungkan pekan Bedong ke Tanjung Dawai yang melalui pekan Semeling dan pekan Merbok. Jalanraya yang tidak sibuk dan dilitupi kehijauan di sepanjang perjalanan memberikan ketenangan apabila melalui kawasan ini.
 
   ❤Homestay ZEFMA❤ sesuai untuk menginap di kalangan keluarga yang ingin mendaftar dan menghantar anak ke Institusi pengajian tinggi di kawasan Merbok kerana kedudukannya berhampiran dengan UiTM Merbok, AIMST dan MRSM Merbok. Di samping itu bolehlah meluangkan masa melawat tempat-tempat yang menarik serta terkenal seperti Tanjung Dawai, Gunung Jerai, Muzium Arkeologi Lembah Bujang dan Kompleks Pelancongan Jeti Semeling.

    Jika ingin mencuba dan menjamu selera, banyak premis makanan yang terkenal di Bedong/Semeling/Mebok seperti AT Satay Semeling, Mee Kuah Tulang Singkir Darat dan ikan bakar di Tanjung Dawai.

 ❤Homestay ZEFMA❤ juga bersedia menguruskan aktiviti  memancing di Kelong KZM di Sungai Merbok jika terdapat tetamu yang ingin memancing dan menikmati keindahan Sungai Merbok.

Sebarang pertanyaan sila hubungi http://www.wasap.my/60195587116 dan bolehHomestay ZEFMA