Monday, March 19, 2012

KEJOHANAN MINI OLIMPIK 22/2012













KMO 22/2012 telahpun berlangsung dengan jayanya bermula 12 Mac hingga 18 Mac 2012 yang lalu dengan meninggalkan berbagai kenangan bagi para atlit dan mereka-mereka yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam kejohanan dwi tahunan ini. KMO pada kali ini merupakan yang ke-4 telah saya lalui sepanjang perkhidmatan di TLDM dan secara tidak langsung penganjurannya adalah sebagai salah alternatif melahirkan atlit di kalangan anggota TLDM khasnya dan seterusnya di peringkat negara khasnya. Tahniah kepada semua atlit yang berjaya dan bagi yang tidak bernasib baik, berusahalah dengan penuh berkeyakinan kerana peluang masih lagi terbuka di KMO akan datang. Syabas kepada Markas Armada yang telah menjadi johan keseluruhan dalam KMO pada kali ini.